Waseda University
Universiti Waseda(早稲田大学), adalah sebuah universiti swasta yang terletak di tokyo.Universiti ini ditubuhkan pada 1882 sebagai Tokyo Senmon Gakko dan dimanakan sebagai Waseda universiti pada tahun 1902.Terdapat ramai orang kenamaan yang pernah belajar di universiti ini seperti Masaru ibuka(pengasas Sony), Lee Kun Hee(bekas pengerusi Samsung), dan penulis juga mendapat tahu bahawa Professor Ungku Aziz pernah mendapat ijazah kehormat dari universiti ini.Selain itu, diperkatakan bahawa universiti ini mempunyai jumlah pelajar luar negara(留学生)yang kedua terbanyak selepas Universiti Tokyo.Sekarang ini waseda universiti mempunyai 7 kampus semuanya.Universiti ini tergolong di dalam kelompok 200 universiti dunia dan besar kemungkinan universiti ini adalah di tempat yang pertama untuk universiti swasta di jepun, bersaing sengit dengan universiti keio.Sepengetahuan penulis, kampus Waseda(stesen waseda) dan kampus nishi waseda iaitu kampus sains dan teknologi(理工キャンパス) (stesen takadanobaba) adalah kampus di mana terdapat pelajar Malaysia yang belajar di sini sehingga sekarang. Di antaranya termasuklah pegawai-pegawai kerajaan, pelajar dari program ijazah berkembar Jepun dan pelajar tajaan petronas. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan universiti waseda, bolehlah berkunjung ke laman web www.waseda.jp.


.png)

