Tokai University
Menelaah kelakuan manusia, mengkaji kecenderongan dan tabiat yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warni alam sekitar yang kita huni hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia.
Apalah erti sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit atau rumah sebesar istana jika tiada manusia yang menghuninya. Begitulah juga tiadalah erti Tokai University tanpa manusia yang ada di dalamnya dan yang mencorakkannya. Yang menjadi faktor penarik kepada Tokai University bukannya berapa banyak bangunan, betapa hebat teknologi yang dihasilkan, juga bukannya jauh perjalanan dari Tokyo, tetapi faktor manusia yang menghuninya.
Ambil ibrah ikan di laut, laut tetap masin, tetapi apabila ikan di makan, tiada rasa masinnya. Begitulah ikan di laut yang tetap kental dengan jati diri dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran. Namun begitu, apakah beza ikan di laut dan ikan di darat? Tentu sekali yang membezakan ikan di laut dan ikan di darat adalah ikan di laut masih hidup dan ikan di darat sudah mati. Begitulah juga hati yang hidup dengan hati yang mati, hidupnya hati kerana kenal jati diri, kenal tujuan bukannya ikutkan kemahuan. Tetap hidup walaupun di persekitaran yang tebal jahiliyah, tidak mati.
Faktor inilah yang menghidupkan manusia, tentu juga yang menjadikan Tokai Universiti antara university yang menarik di Jepun.
Tentang Tokai
· Sebuah university swasta yang ditubuhkan pada tahun 1943 oleh Shigeyoshi Matsumae.
· Universiti yang berfokuskan engineering.
· Rata-rata pelajar yang dari luar negara adalah pelajar tajaan YPM (Yayasan Pelajaran Mara) di bawah program JAD, pelajar dari Arab Saudi juga dari Sri Langka, Indonesia dan Uzbekistan.
· Kampus utamanya adalah di Kampus Shonan, di Hadano Si, Kanagawa Ken.
Aktiviti di Tokai
Di Tokai, terdapat beberapa keunikan dalam beberapa aspek. Dalam aspek akademiknya, terdapat fakulti Prime Mover Engineering (動力機械工学科) juga terdapat Precision Engineering(精密工学科) yang agak berbeza dengan university-universiti lain di Jepun. Juga beberapa kajian dari sensei yang bertaraf dunia terdapat di Jepun sehingga dinobatkan tempat ke 15 dari segi teknologi di Jepun dan 215 di dunia. http://is.gd/4xlYZ
Antara bidang-bidang yang dimasuki pelajar-pelajar Malaysia adalah bidang Prime Mover Engineering (動力機械工学科), bidang kejuruteraan mekanikal (機械工学科), bidang Presicion Engineering (精密工学科) juga bidang Elektrical Engineering (電気電子工学科).
Tokai sama sekali seperti university lainnya, akan tetapi, amalan yang menjadikan Tokai itu “hidup” adalah perkara dan amalan pelajar-pelajarnya.
Perjumpaan bersama pelajar-pelajar Islam Tokai yang berasal dari Malaysia pada setiap hari khamis malam jumaat. Berkumpul untuk mengeratkan hubungan silaturahim, bertanya khabar dan yang paling penting, membaca al-quran dan sedikit tadabbur. Walaupun kadangkala tidak mencukupi bilangan 40 orang, solat jumaat tetap berjalan seperti biasa, juga aktiviti mingguan lainnya seperti bermain bola sepak pada setiap petang ahad, juga majlis barbeque sebagai acara tahunan.









