|
Ada beberapa hal yang menyebabkan umat kehilangan jati dirinya :
Pertama : Umat Islam jauh dari agamanya sendiri. Islam yang banyak dianut oleh majority masyarakat adalah Islam warisan, bukan Islam yang merupakan pilihan hidup. Hingga tidak banyak pengaruhnya dalam membentuk dan mewarnai kehidupan.
Kedua : Para ulama yang ada dalam tubuh umat belum mampu menjalankan fungsinya secara optimal. Bahkan, tampak bahawa para ulama kita tidak berdaya memimpin umatini. Dampaknya, umat Islam dalam menyikapi masalah politik, ekonomi misalnya, tidak lagi dipengaruhi oleh para ulama. Akan tetapi lebih banyak dipengaruhi media massa . Ini bererti, para ulama tidak lagi memimpin umatnya. Akhirnya umat pun berjalan tanpa pemimpin.
Ketiga : Kejayaan kaum imperalis dalam mengangkat para pemimpin Negara-negara Islam yang telah tersekularkan. Realiti membuktikan, hampir seluruh Negara-negara Islam dipimpin oleh anak bangsanya yang sekular. Sekular yang bukan hanya jauh dari agama, tapi (juga) memusuhi agama.
Sebagai contoh, bagaimana sikap negara-negara Islam terhadap invasi Amerika ke Afghanistan . Rata-rata bersikap mendua : Pemerintahannya mendukung serangan. Sedangkan rakyatnya membela saudaranya. Jadi, sebagai satu kesatuan, umat Islam terpecah-belah antara rakyat dan pemerintah. Meskipun pemerintah terdiri dari orang-orang Islam, tapi tetap menunjukkan bahawa kendali kepemimpinannya masih ada di tangan penjajah.
Keempat : Adanya usaha-usaha yang sistematik yang dilakukan negara-negara besar untuk mendominasi seluruh negara Islam dan menyebarkan nilai-nilai kehidupan mereka ke dalam kehidupan umat Islam.
Untuk membangun sebuah umat, kita tidak boleh langsung merubah umat keseluruhannya. Kita mesti mencuba bermula dengan lapisan terkecilnya, iaitu individu.
Konsep yang paling baik dalam perubahan perbaikan individu adalah bekerja dengan meringkas waktu. Kalau ingin memperbaiki umat dengan kembali kepada perbaikan individu, maka kita mesti melihat bahawa individu yang akan kita perbaiki itu adalah individu yang mempunyai dua kualiti.
Kualiti pertama : adalah bahawa individu itu mempunyai fitrah untuk berubah dan kembali kepada Islam. Di mana kadar pengaruh budaya barat di dalam dirinya sedikit dan ada harapan untuk sembuh, kembali kepada Islam.
Kualiti kedua : adalah hendaknya orang itu juga mempunyai bakat dan potensi dalam dirinya untuk menyembuhkan orang lain atau untuk melakukan perubahan.
Dengan demikian, yang pertama adalah kesiapan untuk berubah, yang kedua adalah kemampuan untuk mengubah.
Sehingga nanti, setiap orang yang berubah itu merupakan agen perubahan selanjutnya. Itulah yang kita harapkan.
Sekarang kalau kita bekerja (misalnya) di kalangan orang yang boleh berubah tapi tidak boleh mengubah, kita akan kehabisan banyak waktu, kerana kita selamanya bekerja sendirian.
Lantas, bagaimana memulainya?
Jawapannya … MESTI SEGERA DIMULAKAN!!!
Waktu adalah masalah Ijtihadi. Kita tidak boleh  menunda waktu untuk merubah masyarakat, sebab situasi mereka juga terus berubah. Boleh jadi kita menetapkan waktu yang agak lama, tapi kemudian, tiba-tiba ada perubahan di luar jangkaan kita hingga kita terpaksa harus mempercepat proses perubahan, atau, bahkan melambatkannya. Begitu juga seterusnya.
You may view the latest post at
http://www.mykonsis.org/v1/?p=114 |