• Utama
    • Advertisement
      photo
  • AMIR
    • flickr-keranamupalestina

      Laporan Keranamu Palestina

      31 Mei 2010 mencatatkan satu tarikh yang bersejarah bagi seluruh umat manusia. Kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara yang menuju ke Gaza, Palestin bertujuan ...

  • Artikel
    • hijrahamir

      Hijrah, Masa Untuk Berubah

      Di dalam hidup ini ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu berubah, sehinggakan ada orang yang lebih rela berada dalam tampuk kesusahan, kemiskinan juga kemelaratan demi satu perubahan. ....

  • Aktiviti
  • Survival
    • sairyou_copy

      List bahan mentah

      Diantara kelebihan sistem penindustrian makanan di jepun ialah pengeluar produk mestilah menyediakan info lengkap. Diantara bahan-bahan ....

  • Akademik
  • Gallery
  • Online
  • Hubungi

Thu02232012

Back Aktiviti Laporan aktiviti Tarbiyyah in Fuyu (TAIFU)

Tarbiyyah in Fuyu (TAIFU)

  • PDF
taifu2011

Dengan tema Tarbiyyah In Fuyu (TAIFU), AMIR sekali lagi menganjurkan perhimpunan musim sejuk 2011 di Suzaka Seinen no Ie, Nagano. Seperti program-program perhimpunan (gathering) anjuran AMIR sebelumnya, program ini juga berjaya mengumpulkan seramai hampir 70 orang peserta (lelaki) yang datang dari Kagoshima, Kita Kyushu, Okayama, Kansai, Tokyo, Nagano, Tohoku dan banyak lagi. Bahkan program ini turut diserikan dengan penyertaan dari Malaysia (bekas pelajar Tokyo Rika University).

Program selama 5 hari 4 malam ini, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik, di samping pengisian-pengisian rohani yang mentarbiyyah jiwa. 30 Disember, para peserta sudah mula membanjiri pekarangan Masjid Asakusa (Tokyo) untuk sama-sama beriktikaf di situ. Keesokan paginya, seusai solat subuh, para peserta mula bergerak menaiki bas ke tapak program di Nagano.

Program dimulakan dengan sesi taaruf (suaikenal) dan ‘Ukhuwwah Games’. Penyertaan dari peserta-peserta yang sangat ‘supportive’ dan ceria, sangat memeriahkan aktiviti tengah hari itu. Kemudian, agenda diteruskan dengan sesi pembentangan dan perbahasan antara kumpulan. Berpeluh-peluh juga peserta dan AJK saling membalas hujah dan bidasan.

Sebelah malamnya, seusai makan malam, program diteruskan dengan perkongsian tentang teknik-teknik berinteraksi dengan Al-Quran. Peserta turut diperkenalkan dengan sebuah kitab hasil tulisan Syed Qutb bertajuk “Fi Zilal al-Quran” yang bermaksud “Di Bawah Bayang-bayang al-Quran”. Setelah program tamat, ada pula aktiviti khas bersama peserta di dalam bilik masing-masing.

Begitulah program diselang-selikan antara pengisian rohani dengan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang 3 hari pertama. Antara aktiviti yang paling menghangatkan ukhuwwah ialah sesi perang bola salji di sebelah petang hari kedua. Suasana sejuk yang membeku tidak membataskan semangat dan perjuangan peserta. Selain itu, sesi pengisian sejarah Islam di bumi Nusantara turut menghangatkan lagi rasa cinta para peserta akan tanah air dan lebih utama Islam itu sendiri.

Apalah ertinya musim sejuk, tanpa aktiviti ‘snowboard’. Maka 2 hari yang terakhir dipenuhi dengan sesi ‘snowboard’ dan ‘ski’ berdekatan tapak program. Di sebelah malam, peserta yang sakit-sakit badan (terjatuh, tersembam, bergolek, berputar, tercampak, melambung bermain ‘snowboard’) masih tidak betah untuk berehat. Aktiviti malam diserikan pula dengan permainan bola tampar di tempat kediaman.

Secara tuntas, AMIR ingin merakamkan rasa terharu dan jutaan terima kasih atas sambutan hangat yang diberikan peserta-peserta yang hadir dari seluruh Jepun. Keceriaan dan semangat anda yang berkobar-kobar, begitu mendorong kami untuk menganjurkan lebih banyak lagi program-program seumpama ini.

Semoga ukhuwwah yang terjalin terus mekar di bumi sakura ini. Dan pihak pengajur mendoakan segala unsur-unsur tarbiyyah yang diperoleh sepanjang program, dapat membimbing kita semua mendepani kehidupan dengan lebih tabah seperti mana yang dikehendaki Yang Maha Pencipta.

 

Book reviews

Muntalaq

koleksi-maududi

Koleksi tulisan terbaik dari Abul Al-A'la Al-Maududi.

Juga mempunyai himpunan-himpunan buku tulisan tokoh-tokoh terkenal.