Bismillah
Penghargaan ditujukan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jepun kerana sudi menjemput wakil kami saudara Muhammad Nur Farhan bin Saniman untuk mengimamkan solat sunat Aidiladha dan menyampaikan khutbah di Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Malaysia.
PROGRAM: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2011
TARIKH: 6 NOVEMBER 2011
TEMPAT: KEDUTAAN MALAYSIA DI JEPUN
Pihak Kedutaan Malaysia di Jepun telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun pada 6 November 2011 di kedutaan Malaysia di Shibuya, Tokyo, Jepun.
Majlis telah dimulakan dengan solat sunat hari raya Aidiladha dan khutbah oleh Saudara Muhammad Nur Farhan bin Saniman, seorang pelajar Malaysia di Jepun. Kemudian, TYT Datuk Shaharuddin Md Som, Duta Besar Malaysia ke Jepun dan Datin Norasikin Hashim selaku tuan rumah telah mengambil peluang untuk beramah mesra dengan semua jemputan yang hadir. Semua makanan dan minuman seperti nasi beriani, rendang, kari dan beberapa kuih raya telah disediakan khas oleh Perwakilan Tokyo.
Dianggarkan bahawa hampir 380 orang rakyat Malaysia (kebanyakannya pelajar Malaysia) telah menghadiri majlis yang telah diadakan dalam suasana yang sangat ramah dan meriah.
Link asal :
http://www.kln.gov.my/web/jpn_tokyo/home/-/asset_publisher/8pPT/blog/hari-raya-aidil-adha-2011-celebration-by-malawakil-tokyo?redirect=%2Fweb%2Fjpn_tokyo%2Fhome